Thursday 6 October 2011

Seorang Daie

Assalamualaikum ila sodiqoh;
Benar,ana berikan nafas baru kepada blog ini.Tujuannya adalah untuk kita semua sama-sama dapat menjadi seorang daie yang baik.Susah bukan?Menjadi seorang dai bukannya senang.Hendak menyedarkan seseorang tentang kesilapan yang dilakukan.Silap cara,dia kita dihentam teruk.
Pertama;apa itu daie?
Daie merupakan seorang pendakwah.Sebaik-baik daie tentunya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bayangkan.baginda dicaci,dimaki dan dibenci hanya kerana menyampaikan dakwah.
Baginda tetap menyampaikan dakwah mesip0un bapa-bapa saudaranya menghalang. Tapi,kuatnya hati Nabi Muhammad.Satu demi satu cabaran dihadapi dengan penuh keimanan.
Persoalannya.adakah kita boleh menjadi sebegitu?
Bolehkah kita mencegah setiap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata?
Bolehkah kita berdakwah dengan cara yang boleh diterima masyarakat?
Bagi ana,dakwah itu amat sukar.Payahnya laluan itu bagi menyedarkan seseorang untuk bertaubat.
Tambahan pula,mengenang dosa diri sendiri membuatkan ana rasa tidak layak untuk menegur orang lain.
Tapi,bukankah amar ma'ruf nahi mungkar itu tanjggungjawab setiap orang Islam?
Kadang-kala ana mengulang kesilapan orang lain.
Layakkah ana?
Mungkin bid'ah madrasah ana menekankan amalan tegur-menegur.Tapi,terdetik juga rasa sakit,kecewa dan marah apabila ditegur.Jika ana rasa begitu jika ditegur, bagaimana pula dengan perasaan orang yang telah ana tegur?
Sekarang ana cuba mengubah diri.Ana mesti kena terima nasihat sahabat. Satu blog betul-betul membuatkan ana sedar.Jikalau kita hendak melihat diri kita,lihatlah sahabat kita kerana sahabat itu cermin kepada sahabatnya yang lain.Bukan begitu?
First,azam ana dalam hati adalah untuk meminta nasihat daripada sahabat ana.
Sahabat yang ana betul-betul pasti akan menegur ana dengan cara yang baik.
Bukan dengan bahasa kasar yang hanya akan mencambahkan kebencian di hati.
Tapi,ikhlaskah ana?
Bolehkah ana menerima nasihat itu nanti?
Paling ana bimbang,
hati....
bimbang andai hati itu terus berpaling,
benci dengan nasihat yang akan diberikan oleh sahabat ana.
gusar kalau hati ini terus berpaling
benci dngan ukhuwah yang dibina selama ini
tapi,
andai betul-betul tertanam ukhuwah dalam diri ana,
pasti ana boleh menerima nasihat itu bukan?
kerana ukhuwah itu tandanya kasih sayang
terhasil daripada percaya + kasih sayang...
berbelit sungguh bicara ana
kerana indah ukhuwah itutak akan dapat dibayangkan jika tidak merasainya
ana sendiri keliru
benarkah ana sudah dapat merasai nikmat ukhuwah sebenarnya?
Ya,kalau ana betul-betul ukhuwah dengan sahabat ana,
ana akan dapat menerima nasihat sahabatnya
dan dengan itu ana boleh menjadi seorang daie yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...