Saturday 15 October 2011

Tinta Kepada Jiwaku

Ukhti,
kenapa kau tonjolkan auratmu ukhti?
tidakkah kau takut dengan balasan Tuhan,ukhti?
tidakkah kau rasa diinjak maruahmu apabila dilabel sebagai perempuan murahan?
ukhti,
tidakkah kau rasa apa yang aku rasa
apabila kaum Adam dapat melihat aurat kita ukhti?

Ukhti,
kenapa kau kibarkan rambutmu ukhti,
tak kira seberapa lebat rambutmu
tak kira seberapa lembut rambutmu
jika dibiarkan bebas
ditatap oleh mata yang bukan mahrammu
pasti akan hangus terbakar dek api neraka
tidakkah kau sedar ukhti?
alangkah manisnya kau ukhti,
andai mahkotamu itu ditutup elok
biarkan menjadi rahsia
agar yang istimewa sahaja
yang boleh menatap kesempurnaannya


Ukhti,
kenapa kau hanyut dalam khayalan cinta remaja ukhti?
kenapa kau bercouple ukhti?
tidakkah kau sedar
mereka hanya mempermainkanmu
seorang lelaki yang baik,
akan mengutamakan cinta Tuhan dalam dirinya ukhti.
tidaklah kita boleh mencintai makhluk lain
jika ALLAH Sang Pencipta segala-galanya pun tidak boleh kita cintai
kejarlah cinta ALLAH ukhti,
nescaya cinta manusia akan datang kepada kita.

Ukhti,
kenapa kau berpakaian mencolok mata ukhti?
tidakkah kau malu dengan pandangan yang melihat?
alangkah cantiknya dirimu
andainya kau berpakaian menutup aurat ukhti
tapi kenapa kau memilih untuk mengaibkan dirimu ukhti?
adakah kau rasa lawa jika menonjolkan kesempurnaanmu?
Ingat ukhti,
setiap makhluk ada kelemahannya
jangan kerana kelebihanmu yang secebis itu,
neraka tempatmu di akhirat ukhti!
Naudzubillahiminzalik.

Ukhti,
aku juga seorang wanita,
seorang perempuan
sama denganmu ukhti
aurat kita sama ukhti,
batasan kita juga sama
aku juga tidak sempurna
sama-samalah kita berubah ukhti
sama-samalah kita mengejar syurga
berjihad melawan nafsu!

madah hayyan;wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...