Saturday 24 December 2011

Surat Layang

Assalamualaikum ila sodiqi,
ha, nampak tajuk besar- besar kat atas tu?
Hari ni nak kongsi sikit,
sebabnya banyak sangat mesej (sms) yang ana dapat,
fuih, ayat kalau baca memang boleh buat bulu meremang,
tak terkecuali post dalam facebook.
Sampai ana jadi takut habis.

Tahukah Anda?

'Sebarkan perkara ini kepada 50 orang yang anti kenal dan masa 10 hari. Jikalau anti tidak menyebarkan perkara ini, anti akan menerima musibah.'

Fuih, punya hebat ayat. Ibaratnya kita nak kata surat tu ada kuasalah ya? Ingat para sahabat, hanya ALLAH S.W.T. yang berkuasa atas setiap sesuatu yang berlaku. Orang buatlah macam mana pun, tapi kalau ALLAH Taala tidak menghendaki perkara tersebut, tidak akan terjadi sama sekali. Sama kesnya macam surat layang ni. Macam mana boleh kata nak terima musibah sedangkan ALLAH S.W.T. yang mengatur segalanya. Boleh jadi kita syirik pula kerana mempercayai ada yang lebih berkuasa daripada ALLAH S.W.T.. Dosa syirik ialah dosa yang paling besar. Naudzubillahminzalik.


'Saya nak bukti. Selagi tak ada bukti, selagi tu saya tetap percaya dengan surat layang!'

Kalau nak bukti, ana boleh tunjukkan. Diri ana sendiri masa awal- awal memang takut habis bila baca surat layang. Bila ana tanya ahli keluarga, mereka suruh abaikan. Alhamdulillah, ana tidak bersubahat dalam menyebarkan surat layang begini. ALLAH memberikan hidayah kepada ana. Benarlah, 'hidayah is the most precious gift in our life'. Ana sudah lama mengabaikan surat layang. Tetapi, tidak pula ana terkena apa- apa musibah. Sihat walafiat sampaikan masih mampu untuk bertinta di laman ini. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T menjaga ana. Jadi, bukankah itu satu bukti yang mana melibatkan tentang diri ana sendiri?


Kalau dah tahu macam ni, janganlah sebarkan pula!

Ha, dah baca post ni. Lepas ni janganlah pula gatal tangan nak sebarkan surat layang dengan niat menakutkan orang. Kalau sebelum tak tahu, tak apalah. Tapi sematkan dalam hati, ALLAH S.W.T. Maha Besar. Tiada yang setanding Dia. Walaupun isu surat layang ni nampak kecil, tetapi sebenarnya ia umpama racun yang merebak secara perlahan. Perlahan dan perlahan sehingga akhirnya mampu membunuh ketakwaan dalam diri. 
Ingat, hanya percayakan ALLAH. Just believe Him.

~Wassalam...~~

madah hayyan: iman itu penghias hati...(^o<)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...