Thursday 10 May 2012

Kisah Abu Jahal yang Suka Mendengar Bacaan al- Quran

Assalamualaikum,
lamanya Hayyan tak post bahan baru kan?

Kisah Abu Jahal

     Abu Jahal sperti yang diketahui oleh semua merupakan bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W..  Tapi, semua kita tahu Abu Jahal juga merupakan orang yang kuat menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.. Namun, ada satu sifat ganjil yang ada pada Abu Jahal. Pada setiap malam, Abu Jahal akan mendengar Nabi Muhammad S.A.W. membaca al- Quran. Hambanya berasa pelik lalu bertanya kenapa Abu Jahal selalu mendengar Rasulullah S.A.W. membaca al- Quran sedangkan dia sendiri bukan orang Islam.
 
     Abu Jahal berkata, dia mengetahui bahawa ayat al- Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W. bukan ciptaan manusia biasa. Namun, dia tidak mahu menerima Islam kerana tidak berpuas hati. Mengapa Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi nabi sedangkan dia, mempunyai harta dan kuasa, berbanding Nabi Muhammad S.A.W. yang miskin.

     Cuba bayangkan, Abu Jahal ni tahu bahawa Islam itu benar, tapi sanggup menolak Islam kerana berasakan dirinya lebih hebat. Kerana terlalu tamakkan dunia, dia berada dalam kejahilan yang nyata. Ternyata harta dunia ini sangat dahsyat sehingga boleh mengaburi hati seseorang. Semoga iman kita terpelihara daripada lumpur dan hina dunia. 

madah Hayyan: Apabila kamu bergembira, dunia akan turut bergembira bersama- sama denganmu tetapi jika kamu menangis, kamu menangis bersendirian...

~Setiap satu huruf yang dibaca daripada al- Quran dijanjikan sepuluh pahala...~

Wassalam... (^v^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...