Thursday 17 November 2011

Islam;KeAmanan / KemUsnAhan???

Assalamualaikum ila sodiqi,
Semoga semua umta Islam terus berukhuwah pada setiap masa dan ketika, Insya-ALLAH.

Islam di Mata Dunia...
     Islam pada dasarnya bermaksud kesejahteraan. Indahnya Islam terletak pada peraturan dan cara hidup yang harmoni. Tetapi,pada pandangan barat, Islam ini sering sahaja dilihat sebagai ganas atau kemusnahan. Oleh itu, barat telah menyerang negara-negara Islam. Alasannya, mereka pengganas. Walhal, itu hanyalah alasan untuk menjajah negara tersebut.

Salah Siapa???
     Memang kita patut salahkan barat. Tetapi jangan lupa,sebahagian daripada kita juga terang-terang menunjukkan keganasan yang kemudian memburukkan Ad-Din kita.Andai seseorang mengkaji Islam tanpa dipengaruhi oleh keadaan dunia sekarang,pastilah orang itu akan berpendapat bahawa Islam sangat indah, aman dan damai. Imej Islam yang dianggap ganas sekarang ini sedikit sebanyak berpunca daripada penganut agama Islam itu sendiri. Suka menyuarakan pendapat melalui perhimpunan haram, berbanding daripada berdiplomasi secara aman dan terbuka. Sebab itulah jika dinyatakan berkenaan agama Islam di kalangan orang barat,pastilah sebahagian besar daripada mereka sudah terbayangkan anggota pengganas atau kemusnahan. Walhal, perkara yang sebenarnya ialah Islam tersangatlah indah!

"Ini Jihad"....
     Jika kita menyangka bahawa mengadakan perhimpunan haram untuk kepentingan sesuatu selain daripada agama itu jihad, fikirkan semula. Dmi kepentingan diri kita sendiri, kita telah mewujudkan suasana yang tegang dan tidak aman yang hanya akan mencemarkan imej Islam yang suci. 

Kesimpulan
     Islam tidak menyuruh umatnya melakukan kemusnahan di atas muka bumi. Sebaliknya, manusia disuruh untuk emnjadi khalifah, memakmurkan kehidupan dunia. Kita sama-sama usaha untuk membersihkan kembali imej Islam yang telah tercemar. Masukkan akhlak dan sakhsiah yang mulia dalam diri kita supaya imej Islam terjaga dan dipandang mulia.

madah hayyan: jom kita sama-sama menegakkan syiar Islam di atas muka bumi...yeaa!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...