Wednesday 16 November 2011

Pergaulan;Lelaki & Perempuan

Assalamualaikum ila sodiqoh,
semoga pada hari ini kita terus berukhuwah agar Islam terus bersatu!

Topik hari ini; Pergaulan
     Ada tiga jenis pergaulan,yang pertama pergaulan sesama lelaki dan perempuan, lelaki dan lelaki dan perempuan dan perempuan.

-Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan
     Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuh sekiranya bukan mahram. Juga harus ada hijab (halangan) dan menjaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Haram bagi seorang lelaki menyentuh perempuan yang bukan mahramnya yakni perempuan yang boleh dikahwininya.

-Pergaulan Lelaki&Lelaki serta Perempuan&Perempuan
     Kalau para wanita berpegangan tangan ketika berjalan,apa reaksi kita?Biasa sahaja.Betul tak? Langsung tidak terbit rasa hairan kalau berpeluk depan orang sekalipun. Tapi apa reaksi kita apabila melihat kaum lelaki berpegangan tangan ketika berjalan?Atau melakukan sesuatu aktiviti dengan riang dan berkasih sayang? Waduh! Peliknya.Pasti dicop sebagai gay atau yang sewaktu dengannya. Betul bukan?
     Sebenarnya tiada apa-apa yang pelik pun jika lelaki berjalan berpegangan tangan sesama mereka. Tetapi, ia dianggap negatif kerana bukan menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.

Hadis Abu Hurairah r.a tentang satu daripada tujuh golongan yang akan dilindungi oleh ALLAH di akhirat kelak, yang bermaksud,

"Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu ALLAH menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalan. Maka tatkala dia sampai dia berkata, "Engkau hendak ke mana?" Lelaki itu menjawab: "Aku hendak menemui saudaraku di kampung itu." Malaikat bertanya lagi, "Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab, "Tidak,aku mencintainya kerana ALLAH." Maka malaikat itu berkata kepadanya, "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan ALLAH kepada engkau, sesungguhnya ALLAH telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana ALLAH." "

     Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana ALLAH mencintai dan meredainya.
     Jadi, tidak salah jika seorang lelaki berpegangan tangan dengan lelaki yang lain dengan niat mengeratkan ukhuwah kerana ALLAH. Jangan sempitkan fikiran kita. Kaum lelaki juga boleh berukhuwah asalkan tidak melanggar larangan dalam syariah.


madah hayyan;cinta yang sejati,hanya cintakan Ilahi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...