Thursday, 5 June 2014

Daripada Hati yang Gersang

Saat tangan mula terkapai,
hanyut dibelah arus dunia,
hati mula mendamba,
cinta ilahi yang kekal abadi,
namun tersungkur juga di pertengahan,
kenapa tiada tangan yang menghulur?

Cekal jiwanya terus bangkit,
mengatur langkah biar sesak jiwa,
melilau mata hatinya,
mencari sedikit sinar tarbiyah,
hatinya yang gersang asyik
mencari di mana damai yang hilang
namun mengapa masih tidak ditemui

Tarbiyah yang diharapkannya semakin kelam,
bukan!
bukan tarbiyah yang kusam,
melainkan penerusnya yang semakin lemah
di mana mata- mata rantai penerus perjuangan
rebah sudah ummah yang semakin sesak
daie yang dicari tiada kunjung tiba,
ketenangan yang dirayu bagai tak sudi ke mari.

di bumi itu dia cuba
mengisi hati dengan sedikit keimanan
namun tergugat juga jiwa kecilnya
masih lemah jiwanya
membentak dengan desakan tarbiyah yang tegas
sehingga membesar menjadi kerak
buta lagi cahaya jiwanya
retak lagi imannya
lalai lagi dirinya

setelah akal sudah mematang,
setelah diri kuat jatinya,
terang bersuluh kelihatan
betapa rindu hati dengan tarbiyah itu
dengan suasana tegang
kerana hanya saat itu
hatinya yang hitam menunduk

kini, 
rimas hatinya bukan kepalang
gersang jiwanya kontang tak menyubur
tarbiyah yang dicari,
tidak juga kunjung ke mari
puas diseru puas dirayu
datang kepada aku!
datang kepada aku!
namun menghilang begitu,
kecewa
namun apakan daya,
aku hanya sebutir debu yang hina
Tidak lebih

Duhai jiwa yang kontang,
duhai hati yang sedang mencari arah,
mohon terus mencari,
mohon terus berusaha,
biar sering jatuh terherot,
biar selalu rebah terluka
teruskan,
mencari tarbiyah,
yang bisa melunas dahaga jiwa,
kerana pasti,
Dia mengira setiap usaha,
setiap detik dan setiap pengorbanan

Wahai hati yang pernah berjanji untuk taat setia pada pencipta,
rendahkan egomu 
jinakkan nafsumu,
yang semakin meliar,
moga dengan usahamu kerana Dia,
hari esok lebih baik untukmu.

Syurga itu untuk hambanya yang taat kepadanya, juga buat pendosa yang sering bertaubat.
Moga terus yakin dengan rahmat Dia.
Moga terus tsabat dan kuat.

Hayyan Afif
05 Jun 2014, 3.20 petang

Friday, 11 April 2014

Dunia Dulu dan Sekarang...

Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat.


[nampak tak permainannya kat situ]

Let the picture speaks la kan.

Memang jauh sangat beza, antara kita dengan zaman Rasulullah S.A.W dengan para sahabat baginda.

Dulu, masa zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat menyebarkan dakwah,
mad'u senang tertarik dengan Islam.

Sebab apa?
Kerana mereka boleh melihat apa yang didakwah itu di dalam diri si penyampai.
Akhlaknya..
kesopannya...
kasih sayangnya...

Allah.. jauh sangat beza kita dengan beza para sahabat.

Zaman kita ni,
kita pesan kat orang, 
"Woi tak baik couple wei.. Tak baik.."
Last- last kita sendiri yang sibuk duk bermesej dengan ajnabi and bukan mahram.
Menyalahgunakan istilah 'urusan.'

ye ke tidok? 

"Enti... bangun. Tahajud."

Hamboi. Baguih sangat tu. Sama- sama bangun tahajud. Biar Islam ni bertambah kuat sebab umatnya tak banyak tidur.

Tapi kan,

kenapa awak, seorang lelaki cuma hantar mesej tu kat muslimat je?
kenapa awak, seorang perempuan cuma hantar mesej tu kat muslimin je?
Kenapa dalam banyak- banyak kenalan dalam telepon bimbit dan pesbuk tu,
kita cuma hantar mesej suruh bangun tahajud tu dekat bukan mahram jew?

Sedangkan,
untuk kita muslimat,
masih ramai kawan- kawan kita yang masih beradu lena. 
Tapi kita, sibuk sangat kejutkan muslimin.
untuk muslimin,
masih ramai sahabat- sahabat yang masih memeluk bantai golek di atas katil yang serba empuk.

Sekali lagi,..
kenapa cuma menghantar mesej itu kepada ajnabi sahaja?
Kenapa cuma memberi peringatan itu kepada bukan mahram sahaja?
Kenapa!!?

"Tidur pukul 4 semalam tapi tak sentuh kerja sekolah pun. Hehe." kata muslimat kepada muslimin itu.

Adakah ini yang dikatakan urusan?
Ini ke yang kita semua anggap, URUSAN?

Jika itu yang kita anggap,
maka mohon membuka kembali kamus dewan edisi keempat [yang warna merah tuu].
betulkan balik kesalahan glosari kata- kata yang telah kita misunderstanding tu.

Maka begitulah.
Hakikat seorang daie itu memang tidak sempurna,
kerana itu fitrah manusia. 
Tetapi,
indahnya kalau kita sama- sama baiki diri kita, hidup kita.
Ma ajmala haazihil ma'ishah! [alangkah indahnya hidup ini]

Asif ala kullihal.
Wallahualam.

Monday, 2 December 2013

Tautan Hati

Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian.

setelah sekian lama tidak meng update blog ni kerana kesibukan belajar [??]
tetiba je hari ni perasaan nak menulis tu rasa berkobar- kobar,
mungkin didorong oleh perasaan geram, sedih dan terkilan gara- gara satu isu.

LESEN PERNIAGAAN SABASUN HYPER RUNCIT TIDAK AKAN DISAMBUNG




Kalau dah namanya rakyat ganu, duduk pulak dekat area kuala terenganu, memang agak pelik la kalau tak pernah dengar nama supermarket ni.

Hatta saya sendiri, memang kalu nok beli barang gi beli kat sabasun.
Gituuh.

Apa istimewanya Sabasun sampaikan terkenal seantero terengganu ni?


Ia milik orang melayu Islam bumiputera!

Itu beza antara Sabasun dengan Giant atau Mydin.

Lagi keistimewaan Sabasun ni,


kredit to fb Dila Mubarak

Cuba fikir, berapa banyak pasaraya yang kita pergi ada semua benda di atas?

Dan ada banyak lagi kelebihan yang ada namun tidak disertakan di atas untuk mengelakkan para pembaca tersengguk- sengguk bagai burung belatuk. ^^

Setakat ini mengikut pengalaman saya, hanya Sabasun satu- satunya pasaraya di terengganu yang sangat menitik beratkan adab dan budaya Islam.

Antara kebaikan dimiliki pemilik Sabasun yang saya dapat melalui pembacaan, 
 - selalu jadi imam dekat surau sabasun
- sabasun juga ditutup sebelum solat jumaat dan hanya dibuka selepas solat jumaat (mementingkan solat jumaat utk staf lelaki)

Dan kerana itu la, 
saya menulis tentangnya pada hari ini.
Saya sayangkan Sabasun. <3

untuk sesiapa yang ingin mengetahui kesusahan yang dilalui oleh pemilik Sabasun dan juga alasan tidak logik mengapa lesen perniagaan Sabasun tidak disambung, rujuk link di bawah.


Terus terang, saya tidak nampak mana hala tuju pihak berkuasa terengganu.
Dan saya rasa, rakyat terengganu juga berasa kecewa, sedih dan marah seperti saya.
:((

lagi suara pengguna laman sosial

Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana hanya memandang sepi masalah yang dihadapi saudara segama saya.
Walaupun saya tidak mempunyai apa- apa pertalian dengan pemilik Sabasun dan hanya mengenalinya menerusi sedikit pembacaan di laman sosial dan internet, namun kami rakyat ganu Islam akan sokong ye sokmo selagi ye terus kan perjuangan. [tukarkan 'ye' kepada beliau]

Ini namanya tautan hati. :))

Dan saya berharap, walaupun anda mungkin bukan rakyat terengganu, ia bukan penghalang kepada anda untuk menyertai tautan hati kami. Sememangnya bukan.
Ayuh, pertahankan perniagaan Islam ini yang sedang berkembang. 

Setakat itu sahaja. 

Asif ala kullihal.
Wassalam.




Sabasun=  Sabar + Sungguh }maksud nama sabasun

#selamatkanSABASUN

Thursday, 22 November 2012

Why The Gun???

Assalamualaikum.

May Allah's wrath & punishment be on the cruel oppressors!! Aameen!



Wassalam...~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...