PengiSian Jiwa

DIA yang Maha Pemurah

Syarah perlu dimuzakarah
agar ilmu tidak tersalah
agar dapat diamal dengan mudah
agar diri dilindungi ALLAH kerana hati terus berserah kepada DIA yang Maha Pemurah...

 

DOA...

Semoga ALLAH memberikan pelangi untuk setiap hujan
senyuman untuk setiap tangisan
rahmat unuk setiap cubaan
kekuatan untuk setiap dugaan
dan makbul untuk setiap doa...

 

WAHAI TETAMU RAMADHAN

Wahai tetamu Ramadhan,
untukmu rahmat dan maghfirah
air mata taubat,
dendangan tadarus,
selimut tarawih dan bantal tahajud
moga mewarisi jannah!

 

HIKMAH

ALLAH menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian
ALLAH memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah
ALLAH melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan
ALLAH x pernah mengambil sesuatu yang kita sayang,
kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik...

 

GURU

'Guru' bagaikan NTV7 kerana ceria selalu
'Guru' juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi inspirasi hidupku
yang pasti 'Guru' juga bagaikan TV9 dekat di hati...
dan yang paling penting,
'Guru' juga bagaikan package Astro kerana
macam-macam ada!

 

BEKALAN MENUJU ALAM YANG ABADI

Jika usahamu dilupai,
jika pengorbananmu tidak dihargai
jika keringatmu tidak disanjungi
dan jika penat lelahmu tidak dipeduli
janganlah berkecil hati
tanpa anugerah duniawi,
keikhlasan dan kemuliaanmu tetap ALLAH catat,
sebagai bekalan menuju alam yang abadi...

 

ILMU LADUNI

Ilmu laduni itu akan menghampiri kepada insan yang tiada cintanya kepada dunia
dan sering melangkah pergi dengan menyendiri
Untuk mengenal diri bagi mengenal Illahi...

 

kerna lidah

Bisa pedang sepertinya lidah
kerna lidah boleh membawa fitnah
kerna lidah ummat bisa berpecah belah
kerna lidah bisa mengundang musibah

 

jika

jika orang sibuk menari cinta
biarlah kita sibuk mencari iman
jika orang sibuk mencari pasangan
biar kita sibuk mencari keredhaan-NYA
Jika org menangis kerana kecewa bercinta
biar kita menangis kerana mengenang dosa semalam
jika orang utamakan cinta manusia
biar kita dahulukan cinta kepada ALLAH
tapi,bukan senang untuk merealisasikan
dlm diri ini penuh godaa dunia yang mengasyikkan
Subhanallah!
hanya Dia yang mengetahui segalanya
andai aku lakukan kesalahan,
tegurlah aku sahabat
kerna aku juga ingin menjadi muslimat sejati...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...