Wednesday, 21 December 2011

Kisah Ibrahim bin Adham

Assalamualaikum ila sodiqi,
sudah lama ana tidak mengupdate blog kesayangan ini.
Insya- ALLAH hari ni nak kongsi cerita,
selamat membaca! ^o<

*************************


-Bekas Hamba yang Mabuk-
Ibrahim bin Adham kononnya memiliki 72 hamba sahaya. Setelah bertaubat, dia membebaskan semua hambanya. Salah seorang bekas hambanya ilaha peminum arak. Suatu hari, dalam keadaan mabuk dia berjumpa dengan Ibrahim bin Adham. Dia minta Ibrahim menunjukkan jalan menuju ke rumahnya.
     Lalu Ibrahim menghantarkannya ke perkuburan. Setelah melihat perkuburan, dia marah dan mmukul Ibrahim bin Adham dengan kuat.
     Dia menyentak: "Aku meminta kamu menunjuk jalan menuju ke rumahku. Mengapa kamu hantarkanku ke sini?"
     Ibrahim menjawab: "Hai orang yang sedikit berfikir, inilah rumah yang sesungguhnya, sedangkan rumah- rumah selainnya ialah bayangan."
     Namun, orang utu tetap memukul Ibrahim dengan rotan. Setiap kali orang itu memukulnya, Ibrahim berdoa: "Semoga ALLAH S..W.T. mengampuni dosa kamu."
     Ibrahim terus menerus dipukul, seorang bekas hambanya yang lain lalu dan melihat kejadian itu. Dia pun segera menegur: "Apa yang sedang kamu lakukan? Mengapa engkau memukul orang yang telah memerdekakan kamu?"
     Rupanya, bekas hamba yang sedang mabuk tidak sedar siapa orang yang sedang dipukulnya.
     "Memang siapa dia?" tanyanya dengan bingung.
     Orang yang baru datang menajawab: "Dia adalah Ibrahim bin Adham."
     Setelah sedar, orang itu turun dari kudanya dan meminta maaf.
     Ibrahim berkata: "Sudahlah, aku memaafkan kamu."
     Lalu orang itu bertanya: "Tuanku, mengapa setiap kali aku memukul kamu, tuan mendoakan kebaikan untukku?"
     Ibrahim menjawab: "Bagaimana aku tidak mendoakan kamu dengan kebaikan, sementara engkau menyebabkan aku masuk syurga ketika kamu memukul dan menyakitiku."


***************************



-Kisah Ibrahim bin Adham yang amat memikirkan para sahabatnya-
     Suatu hari,Ibrahim bin Adham membeli makanan setelah selesai solat Isyak dan kembali kepada para sahabat ketika hari telah larut malam.Seorang sahabatnya berkata pada sesama mereka: "Ibrahim lambat datang,marilah kita makan roti kemudian tidur.Perkara ini akan menjadi peringatan kepadanya,agar lain kali dia pulang lebih cepat dan tidak membiarkan kita terlalu lama menunggu."
      Niat itu mereka laksanakan.Ketika pulang,Ibrahim bin Adham melihat sahabat-sahabatnya sudah tertidur.dia menyangka bahawa mereka belum makan dan tidur dengan perut kosong.Ibrahim lalu menyalakan api.Dia membawa sedikit gandum,yang kemudian dibuat makanan untuk santapan para sahabatnya apabila mreka bangun nanti.Dengan demikian mereka dapat berpuasa pada hari esok.
       Ketika sahabat-sahabatnya bangun,mereka melihat Ibrahim sedang meniup api.Janggutnya menyentuh lantai dan air matanya meleleh kerana asap yang mengepul-ngepul di sekelilingnya.
     "Apa yang sedang kamu lakukan?"tanya para sahabatnya.
     "Ku lihat kamu sedang tertidur,"jawab Ibrahim, "Kamu belum memperoleh makanan dan tertidur dalam keadaan lapar,kerana itu kubuatkan makanan untuk makanan kamu setelah bangun."
     "Betapa dia memikirkan diri kita,sedangkan kita berfikir yang bukan-bukan mengenai dirinya,"kata para sahabatnya.
*animasi semata- mata... (^o<)

~berusaha berfikiran positif tentang sahabat kita~

Wassalam...(^o<)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...