Seorang gadis duduk di tepi sebuah tasik yang besar. Kelihatan beberapa pasangan lain yang sibuk berdating. Langsung tak ingat dunia apabila diri sudah berada dalam kemaksiatan yang nyata.
Kekasih: Hai sayang. Sorry lah I lambat. I jumpa member sekejap tadi...
Gadis: Hai...
Kekasih: Kenapa you nak jumpa I ni?
Gadis: I sebenarnya nak bagitahu you something."
Kekasih: Apa dia?
Gadis: .....
Kekasih: Apa dia ni? Kenapa tiba- tiba jadi bisu pulak ni? (melihat jam tangan...) I dah lambat ni. I nak jumpa member I yang lain pulak ni.
Gadis: Adakah awak betul- betul sayangkan saya?
Kekasih: Mestilah. Kalau tak saya takkan jadi boyfriend awak pulak.
Gadis: Adakah awak sanggup buat apa sahaja untuk saya?
Kekasih: Mestilah. Lautan api pun sanggup saya redah. Anything for you my dear.
Gadis: Tapi, mesti ada yang menghalang awak bukan?
Kekasih: Tak. Tak ada apa- apa pun yang dapat menghalang saya.
Gadis: Awak tak rasa ke hubungan ini akan membuatkan kita sengsara?
Kekasih: Taklah...
Gadis itu diam buat seberapa ketika. Teman lelakinya mendengus.
Kekasih: Kenapa dengan awak ni?
Gadis: Kebelakangan ni saya asyik terfikir, berbaloikah kita bercouple ?
Kekasih: (mula cuak) Apa yang awak cakap ni?
Gadis: Kalau awak betul- betul sayangkan saya, awak takkan ajak saya bercouple dengan awak, sebaliknya awak akan terus kahwini saya. Awak kata awak sanggup buat apa sahaja demi saya, tapi jumpa saya hari ni pun awak tak sanggup tunggu lama- lama. Awak kata awak sanggup meredah lautan api untuk saya, tapi, di akhirat nanti, sesiapa pun tak sanggup nak masuk neraka. Sedangkan api dunia sudah panas, inikan pula api neraka. Dan, hubungan ni memang akan membuatkan kita sengsara, sengsara di akhirat sebab kat dunia kita sibuk buat maksiat. Cinta ini tak akan kekal, kerana cinta yang hakiki ialah cinta kepada ALLAH S.W.T. Kita hanyalah seorang hamba. Dan saya tak nak mencintainya tetapi saya nak mencintai-NYA.
madah hayyan: jauhi couple. Sedarlah, cinta yang sejati hanyalah cintakan Ilahi. Cinta yang abadi hanyalah cinta kepada ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment