Assalamualaikum ila sodiqi....
Baru-baru ini ana tergerak hati hendak turut serta menonton berita TV3.Lama ana menonton,ada satu berita yang menyentap jiwa ana.Kisah seekor kucing yang dipotong tangan hanya kerana mencuri!
Ya ALLAH!Ana tak tertahan melihat kucing itu.Sampai ana menangis depan televisyen. Siapa yang buat kucing ini begini?Tidakkah orang itu tergikir bahawa ia hanya seekor kucing ? Macam mana kucing itu akan terus hidup apabila telah kehilangan dua belah tangan?
Seorang lelaki yang baik hati telah membawa pulang kucing yang dijumpai itu.Dengan hanya berbekalkan sebotol minyak gamat, setelah beberapa lama kucing yang diberi nama 'Hero' itu kembali pulih.Tetapi apakan daya,tangannya sudah tiada. Hero terpaksa melompat ibarat kanggaru!
Persoalannya,mana pergi sifat perikemanusiaan manusia kini?Semakin maju dunia,makin jatuh nilai moral tamadun manusia.Ingatkah kita,pada zaman dahulu seorang wanita masuk neraka kerana mengurung kucingnya sehingga kucing itu mati kelaparan!
Bagi ana,Hero sangat bertuah kerana telah dirawat oleh seorang lelaki yang sangat baik hati. Ana pasti, lelaki itu pasti seorang yang sangat berhati mulia.Pastinya lelaki itu akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kebaikannya itu, Insya-ALLAH.
Saidina Abu Hurairah mendapat gelarannya kerana beliau suka bermain dengan anak kucing yang diletakkan di dalam lengan bajunya.Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasululullah S.A.W. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada peritiwa ini...(peringatan untuk diri ana juga...)
Semoga kita terus berukhuwah...
Ilalliqo' wa ma'assalamah!
madah hayyan;kita akan mendapat balasan atas setiap yang kita lakukan walaupun sekecil zarah...
No comments:
Post a Comment