Assalamualaikum ila sidiqi...
Couple mendekati zina. Tetapi mengapa remaja-remaja zaman sekarang suka bercouple? Hairan. Tidakkah mereka sedar bahawa apabila kita bercouple,itu menampakkan betapa murahnya cinta kita? Dengan mudah kita menerima seseorang...Kadangkala kita tidak mengenalinya langsung!Apa yang menyebabkan remaja suka bercouple ni?Beberapa sebabnya termasuklah;
1)Mereka ingat bila berpegangan tangan ni romantik gilerr....
Biasalah,memang 90% orang yang bercouple ni akan pegang tangan. 'Eh,lembutnya kulit awak. Losyen apa yang awak pakai ya???'...Yang pompuan pula cakap, 'saya tak pakai losyen apa-apa pown...' *tak sedar hidung dah kembang seinci... Sekali lelaki yang bukan mahram menyentuh seorang perempuan,6000 keserian perempuan itu akan hilang.Kalau tak sengaja tak apalah jugak. Ini punya sengaja sentuh anak orang.
2)Mereka dah rasa nak kahwin...
"Awak, bila kiter abis belajar nanti karang,kiter nak kahwin dengan awak.Kiter promise...." Janji yang besar tapi adakah tertunai? Ibaratnya kita bercouple dengan dia sejak umur 13. Nak tunggu lepas dah kerja mungkin sekitar 10-15 tahun lagi. Dalam waktu yang sangat panjang itu kiter dah jumpa muka orang yang sama... mungkin masa tu kita dah mengeluh, bosannya jumpa orang yang sama!Alih-alih, putus gak!
3)Rasa cinta berputik....
Ada sesetengah remaja, tak boleh tahan sangat dengan perasaan cinta yang ada. Memang, cinta itu satu anugerah.Tanpa cinta,hati manusia kering. Tapi,cuba kawal perasaan cinta.Don't let the love control our mind. Kita berhak mengawal arah cinta kita. Halakan perasaan cinta itu kepada Sang Pencipta, ALLAH S.W.T. Jika kita mengejar cinta ALLAH,nescaya cinta manusia akan mengejar kita juga.
4)Mahu rasa cinta berbalas...
Memang susah.Pastinya setiap manusia yang mencintai manusia itu inginkan cinta mereka berbalas. Tapi,hakikat cinta yang sebenarnya ialah sebaliknya! Cinta tidak pernah meminta... tetapi ia hanya akan memberi cintanya sepenuh rela! Tetapi kenapa sampai hendak membunuh diri? Naudzubillahiminzalik.Kalau kita curahkan cinta kita kepada ALLAH, kita tak akan kecewa kan? Tapi kenapa kita curahkan cinta kepada manusia gak??? Diri ini sendiri tidak boleh menjawab pertanyaan itu. Hati ini juga sama... mengejar cinta yang fana tetapi cinta yang abadi...tidak diendahkan....
Kebanyakan kes anak luar nikah sekarang adalah diakibatkan oleh muslimat yang tiada batasan dalam bergaul dengan muslimin.Kalau kita hindari couple,Insya-ALLAH semua ini tidak akan berlaku.
Biasalah,manusia tidak akan pernah berhenti daripada melakukan kesilapan. Syaitan juga tidak akan pernah berputus asa untuk menyesatkan anak cucu Adam. Moga-moga kita dijauhkan daripada tipu daya syaitan...Amiin...
Semoga kita akan bercinta dalam rahmat-NYA.Moga-moga kita dapat mengecapi nikmat cinta yang hakiki, Insya-ALLAH...
Uhibbukumfillah hubban jamma...
Ilalliqo wamaassalamah...
madah hayyan: marilah mengejar keredhaan ALLAH,sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita.
madah hayyan: marilah mengejar keredhaan ALLAH,sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita.
No comments:
Post a Comment