Assalamualaikum ila sodiqi,
Alhamdulillah hari ini ana masih diberi kesempatan untuk mencoret nukilan dalam blog kesayangan ini...
Hari ini sekali lagi surat khabar memaparkan berita tentang kes buang bayi.
Astaghfirullahalazim...
Kenapa mereka sanggup membuang bayi yang masih suci itu?
Mereka yang melakukan kesalahan,bukannya bayi yang mereka lahirkan.
Inilah trend yang berlaku pada zaman sekarang...
Dicampak dalam tong sampah,dibuang ke dalam sungai,ditanam hidup-hidup...
Kenapa bayi yang masih suci itu dperlakukan begitu sekali,
sampai begitu sekali mereka dihina?
Mereka juga ada hak untuk hidup
Mereka juga ada hak untuk terus melihat ciptaan ALLAH S.W.T yang indah ini...
Biasanya bayi yang dibuang ini anak luar nikah,
sudahlah kita melakukan dosa besar dengan melakukan penzinaan,malah menambah pula dosa dengan membunuh seseorang.
Mereka comel tau!
Hidup ini akan sentiasa ada pilihan.Terpulang kepada kita untuk menentukan. Daripada anti buang bayi ini,apa salahnya jika wanita dan bayinya ke pusat perlindungan.Di sana para wanita diberikan pengetahuan,sokongan dan dorongan sewajarnya.Mereka akan membantu untuk memulihkan semula perasaan mereka. Itu lebih baik daripada 'membunuh' bayi-bayi ini. Juga dapat menjadi seorang ibu yang betul-betul bermakna kepada bayi-bayi yang telah mereka lahirkan.
madah hayyan;jauhi zina kerana kes pembuangan bayi ini bermula daripadanya...
No comments:
Post a Comment