Monday, 14 November 2011

Berlalu Imtihan Week^^

Assalamualaikum ila sodiqi,
semoga pada hari ini kita bebas daripada lumpur dosa,Amiin.
Alhamdulillah,
imtihan week (minggu peperiksaan) sudahpun berlalu bagi semua pelajar sekolah kecuali para pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM tidak lama lagi.
     Macam-macam ragam yang dapat dilihat dalam kalangan pelajar.Ada yang belajar bersungguh-sungguh sampai tak makan tak tidur. Pendek kata,24 jam asyik mengadap buku sahaja.Bagus!
     
     Ada juga yang study last minute. Biasanya,masa ni pasrah sahajalah.Masuk ke tak masuk. Tapi kadang-kadang ada juga jenis pelajar yang cepat masyukk kalau study last minute.Hmm...tak pe,tak pe. Tapi sebaik-baiknya rancanglah jadual belajar dengan betul supaya time exam tak kelam kabut. Merancang jadual belajar akan membuatkan kita lebih relaks dan tenang.

-macam nilah jadinya bila kita study last minute...tidur depan buku,=P
 
     Asalkan kita belajar. Belajar ini juga ialah satu jihad. Jihad dalam diri kita sendiri. Jadi jihad itu bukan bermakna hanya berperang mempertahankan Islam,tetapi jika kita memaksa diri kita belajar, ini juga satu jihad.

madah hayyan;Syiar Islam boleh ditegakkan secara meluas di seluruh dunia jika umatnya berilmu...
                      Selamat berjaya untuk muslim & muslimah yang menghadapi SPM dan STPM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...