Sunday, 11 December 2011

Akibat Niat Yang Tidak Ikhlas T___T

Assalamualaikum ila sodiqi,
hari ini ana ingin kongsi sebuah cerita yang penu pengajaran,
sebagai peringatan kepada antum/ antunna dan diri ana sendiri supaya sentiasa menjaga amal...:)

*********************************

Pada hari kiamat nanti dihadirkan seorang lelaki yang mati dalam peperangan fii sabilillah. Kemudian diperlihatkan kepadanya nikmat ALLAH S.W.T. hingga ia mengakuinya. Selanjutnya dia ditanya: "Apa yang telah engkau perbuat di dunia?"
     Dia menjawab: "Aku telah berperang demi Engkau (ALLAH S.W.T.) hingga aku terbunuh."
     ALLAH S.W.T. berkata: "Bohong!Engkau berperang bukan kerana Aku, tapi supaya engkau disebut sebagai pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau peroleh." Lalu orang itu diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.
     Kemudian didatangkan orang yang kedua, iaitu seorang lelaki yang sering membaca Al-Quran, rajin menuntut ilmu dan sentiasa mengajar ilmu pengetahuannya kepada orang lain. Lalu dia ditanya: "Apakah yang telah engkau kerjakan?"
     Dia menjawab: "Aku mempelajari pelbagai ilmu dan mengajarnya kembali kepada orang lain dan aku juga sering membaca Al-Quran kerana-Mu."
     ALLAH S.W.T. menjawab: "Bohong! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku. Engkau membaca Al-Quran bukan kerana Aku. Engkau belajar dan mengajar agar dikatakan pintar dan alim. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Engkau membaca Quran bukan kerana Aku, tetapi agar engkau diberi gelaran Qari. Itu telah engkau raih." Akhirnya dia juga diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.
     Kemudian dihadirkan orang ketiga. Iaitu seorang lelaki yang diberi kelapangan hidup dan pelbagai jenis harta kekayaan. Kemudian diperlihatkan kepadanya nikmat ALLAH S.W.T. hingga dia mengakuinya. Kemudian dia ditanya: "Apakah yang telah engkau lakukan?"
     "Aku telah menginfakkan seluruh hataku di jalan yang Engkau suka dan semuanya kerana-Mu," jawabnya.
     ALLAH S.W.T. berkata: "Bohong! Engkau melakukan itu agar dikatakan dermawan. Itu telah engkau peroleh." Akhirnya dengan wajah tersungkur dia juga diseret ke neraka.
(Sumber: Hadith Abu Hurairah Riwayat Muslim no.1905)

     Demikianlah akibat daripada amalan yang tidak ikhlas, pelakunya tidak mendapat manfaat dari amalannya bahkan mendapat azab yang pedih, Oleh sebab itu, hendaklah kita menjaga amal agar selalu ikhlas dan sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.
~Wassalam...~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...