Assalamualaikum ila sodiqi...
Terlebih dahulu ana mahu minta maaf,
kalau- kalau ada pihak yang terasa hati dengan post ana yang ini,
tapi niat ana hanya satu,
mahu mengingatkan sesama muslim...^^
~Al- kisah hari ini...~~
Pesanan Untuk Si Adam =,=
Jika seorang wanita,
berjalan berdekatan denganmu,
dan tidak membalas sapaanmu,
jangan kau kata dia sombong,
kerana dia sebenarnya sedang berusaha untuk menjauhi perkara yang sia- sia...
jangan kerana gara- gara sapaanmu tidak berbalas,
kau mengata dirinya tentang perkara yang tidak mempunyai kebenaran...
Jika seorang wanita,
sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim,
iaitu berdakwah,
dan orang yang cuba didakwahnya ialah komuniti kamu,
jangan kau hina dia,
jangan kau cuba sekat semangat perjuangannya,
kerana dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba ALLAH,
dia hanya sedang mencuba untuk menegakkan panji- panji agama di atas muka bumi selagi terdaya,
kau yang dilahirkan sebagai seorang lelaki,
sepatutnya berjuang dengan lebih hebat berbanding dirinya,
kerana kau pemimpin,
akalmu sembilan nafsumu hanya satu...
Jika seorang wanita,
tidak menerima pelawaanmu untuk keluar,
jangan kau kata dia berpura- pura,
jangan kau kata dia main tarik tali,
kerana wanita itu sedang menjaga maruahnya,
kerana wanita itu sedang menjaga auratnya,
kau juga sebagai lelaki,
seharusnya lebih peka,
seharusnya turut sama menjaga perhubungan,
agar tidak terikut dengan tipu daya syaitan,
bukannya berusaha untuk menarik wanita itu ke lembah kemaksiatan!
Lelaki dan wanita sepatutnya berkerjasama,
menegakkan syiar Islam yang semakin diabaikan oleh manusia,
sedarilah,
hidup ini ibarat ais- krim,
sungguh nikmat,
tetapi nikmat itu cepat sahaja hilang,
kaum Hawa perlukan Adam untuk membentuk mereka,
daripada tulang rusuk yang bengkok kepada yang lurus...
gunakanlah kelebihan yang ALLAH S.W.T berikan kepadamu untuk membentuk 'Hawa' yang solehah...
~Wassalam...~~
madah hayyan: lelaki ialah pemimpin kepada wanita. Pimpinlah mereka dengan sabar dan tenang. Kerana hati wanita ibarat kaca. Andai terhempas ke lantai, akan hancur berkecai...
No comments:
Post a Comment