Alhamdulillah,hari ini ALLAH S.W.T masih lagi memberikan hidayah kepada kita,
semoga kita boleh menjadi seorang Muslim yang baik dan menegakkan syiar Islam di atas bumi ini...
1)Tudung???
Konsep bertudung yang sebenarnya bukan hanya sekadar menutup rambut tetapi juga menutup apa yang sepatutnya.Islam mengajar kita supaya melabuhkan dudung hingga ke bawah paras dada.Jadi,apa pendapat antunna jikalau seseorang itu hanya menutup rambutnya semata-mata?
Memang tidak bertepatan dengan konsep menutup aurat.Cuba fikirkan,kenapa muslimat kena bertudung?Kenapa muslimat ini harus menutup rambut dan yang sewaktu dengannya?Sebab kita ni terlalu istimewa.Kita ini perhiasan dunia.Yang boleh menjadi bidadari syurga di akhirat kelak, Insya-ALLAH.Ibaratnya,sabun.Sabun yang dibiarkan terdedah dengan cahaya matahari dan yang ditutup dan dialas dengan elok,mana satu yang akan kita pilih?Pastinya sabun yang ditutup dan dialas dengan elok.Tidak terdedah dengan cahaya matahari dan terjaga sepenuhnya.Para muslimat boleh dikatakan sama dengan situasi tersebut.Muslimat yang terjaga atau muslimat yang terdedah?
Trend zaman sekarang juga menyaksikan, ramai yang mengetatkan bahagian leher tudung. Kononnya fesyen.Tapi,sedarkah kita,pemakaian seperti ini sama caranya dengan pakaian biarawati Kristian.Patutkah seorang muslimah Islam berpakaian hampir serupa dengan penganut agama lain?
Islam agama yang kita pegang.Ikutlah cara penampilan mengikut syariah.Insya-ALLAH, kita akan sentiasa berada dalam rahmat ALLAH.
2)Baju,Kain,Seluar
Ada sesetengah daripada para wanita di luar sana,memakai pakaian tetapi ibarat tidak memakai pakaian.Beberapa faktornya termasuklah memakai baju yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Bak kata orang,pakai baju adik.Ketat.Biarpun nak bernafas rasa payah,tetapi sesetengah daripada mereka tetap juga dengan pakaian sedemikian,kononnya fesyen.
Seorang wanita Islam tidak berdosa sekiranya memakai seluar tetapi biarlah menutup aurat.Jangan pula seluar ketat sampaikan berjalan pun rasa payah.Pakailah baju yang labuh sedikit untuk menjaga penampilan kita berseluar.Begitu juga apabila kita memakai kain.Kalau kita rasa bangga sangat pakai ketat-ketat,cuba tenung baik-baik.Macam orang tak cukup kain pula.Malulah sikit kepada orang yang tidak berkemampuan tetapi masih mampu memakai pakaian yang menutup aurat.
3)Sarung Kaki
Ini merupakan perkara yang agak asing dalam masyarakat Islam di Malaysia.Meskipun bagi sesetengah kelompok ada yang memang sudah mengamalkan pemakaian sarung kaki sejak dulu lagi.Tetapi ramai juga yang masih tidak biasa.Diri ana juga masih tidak biasa.Tetapi kita sama-sama usaha ya! Ingat, aurat seorang wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Maknanya,kita kena juga memakai sarung kaki untuk menutup aurat di kaki.Kalau diamalkan sentiasa, lama-lama nanti biasalah.
-Siapa kata kita tidak boleh berfesyen semasa menutup aurat?-
Menutup aurat bukan bermakna kita kena pakai jubah setiap masa.Bukan juga bermakna mesti memakai tudung labuh sampai ke lutut.Tetapi cukuplah sekadar cara penampilan yang digariskan syariah.Insya-ALLAH, kita bukan sahaja kelihatan cantik di mata manusia tetapi juga kelihatn cantik di mata ALLAH S.W.T.
madah hayyan;cantiknya seorang wanita apabila dia menutup auratnya...
No comments:
Post a Comment